Saturday, May 10, 2008

Lontar Peluru






























PENGENALAN

Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan.

Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.




PERALATAN

Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang ramai.

PELURU

Berat Peluru

1.

DEWASA

7. 265 kg

2.

WANITA

4. 005 kg

3.

REMAJA

4. 000 kg


110 - 130 mm

Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru.

Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm – 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan.






FASA – FASA LATIHAN



Terdapat Empat Fasa Lontaran dalam acara Lontar Peluru iaitu :

1. Fasa Persediaan

2. Fasa Gelungsuran

3. Fasa Lontaran

4. Fasa Pemulihan

Fasa Persediaan ( Preparation )

  1. Peserta bersedia dalam bulatan lontaran
  2. Peluru dipegang dengan cara yang betul
  3. Tenang keadaan mental dan emosi serta berada dalam keadaan selesa


KAEDAH LATIHAN YANG DICADANGKAN

1. Latihan Bebanan

Latihan bebanan adalah sejenis kaedah latihan untuk membina, kekuatan, kuasa dan daya tahan otot. Latihan ini memerlukan pengkhususan, penambahan beban, ansur maju rintangan dan urutan aktiviti. Diantara jenis latihan bebenan ialah isometrik, konsentrik, isentrik dan isokinetik.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah seperti intensiti latihan, jangka masa latihan dan pemulihan, bilangan ulangan dan jumlah set yang ditetapkan dalam setiap aktiviti dan kekerapan latihan dalam seminggu. Selain itu prinsip-prinsip yang perlu ada seperti beratan yang sesuai dengan atlit, cara atau prosedur yang betul, penambahan beban secara progresif dan juga aktiviti yang dipilih hendaklah bersesuaian. Panduan membina dan meningkatkan :

I. Daya tahan otot – lebih kurang 50% berat maksima (ulangan 10 hingga 15 kali)

II. Kekuatan otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali).

III. Kuasa otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali, tetapi pantas).

IV. Kelenturan otot – lebih kurang 20% hingga 30% berat maksima (ulangan sederhana iaitu 6 hingga 8 kali).

Objektif

I. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus di bahagian bahu, tangan, pinggang dan kaki.

II. Membina kuasa eksplosif otot bahu, pinggang dan akki.

III. Membina daya tahan otot umum dan spesifik.

IV. Membina kelajuan.

V. Meningkatkan fleksibiliti.

VI. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori.

Sistem Tenaga

I. Melibatkan sistem tenaga ATP – PC dan ATP – LA secara dominan.

II. Sistem tenaga aerobik secara sekunder.

Kekerapan

I. 2kali seminggu setiap latihan diselang sekurang-kurangnya dua hari.


































3 comments:

Cikgu Tap Jingeb said...

hai , terima kasih kerana menyediakan maklumat berkenaan lontar peluru.
Semoga lain masa tuan bolehlah memuatnaik video , tunjukcara dan pengadilan.

All the best

Cikgu Tap Jingeb said...

hai , terima kasih kerana menyediakan maklumat berkenaan lontar peluru.
Semoga lain masa tuan bolehlah memuatnaik video , tunjukcara dan pengadilan.

All the best

zurina mansor said...

tq coz ur blog membantu sy wat assgment.. moga2 ilmu anda menjadi sedekah yg diterima ALLAH